ikot-ikot semut berapi

budak buncitt punyer belog

My photo
kuala terengganu, bandar seri begawan brunei, Brunei
bella mierra . nineteen . tinggi . comell . mata sepet . ramping . makan banyak . pelik . suka nangis . manja . sewel . gilerr . senget .

Tuesday, January 4, 2011

belajar tinggi tinggi sampai PINTAR .

"TAHNIAH.anda telah berjaya ke KOLEJ SHAHPUTRA bagi tawaran DIPLOMA IN NURSING pada 24 januari 2011 ini".



yeahhhh!! mula mula dapat tawarn ni hepi tahap cicak beranak kembar . betapa gembira nya . mane tak nye dah lame aku nak course ni.bila da dapat ta kan nak tolak pulak.lagipon course ni lah yang aku idamkan dari dulu lagi.haha..cuma penat sikit bila berkaitan dengan LOAN PTPTN dan MARA dan jugak course yang aku dapat ni under kolej tu sendiri bukan under link dengan UITM atau apa je.dulu masa aku study di UITM CHENDERING TERENGGANU aku dah apply da loan PT and sekarang bila nak apply for second time ta bole sebab aku belum settle kan lagi yang aku dah pinjam dulu.adoiiii ... so aku decide nak wat loan MARA then tetiba lak kolej shahputra call cakap "adik bole nak buat loan mara tapi mara hanya support 7300 sahaja untuk satu sem.baki lagi 1200 adik kena bayar dengan guna duit poket sendiri.dan untuk sem satu ni mara tak bagi lagi loan.mara akan bagi untuk sem dua.dia gantung dulu untuk satu sem". yuran pendaftaran untuk shahputra sebanyak RM500.termasuk sekali dengan penginapan hostel di SHAHPUTRA VILLAGE,pengangkutan bas ke kolej dan uniform. sekarang aku tengah tunggu surat tawaran yang diorang poskan sebab aku nak settelkan wang pendahuluan MARA dan aku mungkin akan membuat pinjaman bagi YAYASAN TERENGGANU.

selang beberapa hari aku dapat panggilan.

"TAHNIAH.anda berjaya mengikuti tawaran di KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR SEPANG kerjasama dengan UITM dalam DIPLOMA IN ARTS,GRAPHIC and DIGITAL MEDIA pada 10 januari 2011 ini".

dummmm!! satu lagi tawaran . pening kepala aku.yang ni banyak benda kena pikir.tempat dia di SEPANG means BANDAR.lagi satu jaoh dari rumah aku.kalo yang shahputra tu okey sebab dekat je dengan terengganu.abang,kakak dan mak sedara aku pon stay sana kira tak susah lah nak mintak tolong.tapi yang best course ni link dengan UITM..papehal sijil berkaitan dengan uitm aku tak risau sangat.course dia pon okey sebab aku dulu sekolah memang aku aliran seni.tapi family aku pulak tak suke dapat course nih.tak kesah lah sebab jaoh aku pon bukan nak sangat.yuran pendaftaran dia sebanyak RM800 termasuk pengangkutan.RM300 untuk penginapan.pasal loan mara pihak kolej akan settelkan.

lepas tu aku dapat pulak tawaran laen..

"TAHNIAH.anda berjaya ke KLMU untuk khusus DIPLOMA IN NURSING pada 17 januari 2011 ini."



ni lagi satu.aku dapat jugak course nursing tapi aku tanak pergi sebab terLAMPAU BANDAR sangat.dekat dengan KLCC kot. haha... mati hidup semula pon aku tak kan pergi.

hari ini pulak aku dapat mesej..macam bese lah.

"SYABAS dan TAHNIAH kerana anda telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di KOLEJ POLY TECH MARA dengan kerjasama penuh UITM cawangan BANGI bagi program DIPLOMA IN BUSINESS MANAGEMENT pada 17 januari 2011 ini"

yang ni aku dalam dilema lagi sebab under UITM jugak dan course ni aku penah study dulu masa duk uitm chendering.tapi sebab aku ta dapat nak carry aku quit. so sekarang dapat pulak for second time.aku igt nak teruskan je.tapi mak aku pula tak bagi.dapat pulak kat bangi.adoii...tapi yang best memang under loan MARA.jadi aku tak risau sangat.pape pon aku tunggu surat tawaran dari SHAHPUTRA dulu.

No comments:

Post a Comment